Apakah itu TAJMA Personality Plus (TPe+)?

TP+ merupakan suatu alat ukur psikologi yang direkabentuk khas untuk memberikan data saintifik tentang diri seseorang individu mengenai pemikiran, perasaan dan tingkahlaku mereka.

Apakah itu TAJMA Career Interest Plus (TCI+)?

TC+ merupakan suatu alat ukur psikologi yang direkbentuk khas untuk memberikan data saintifik mengenai kecenderungan minat kerjaya seseorang individu berasaskan Teori RIASEC Holland (Realisitik, Investigatif, Artistik, Sosial, Keusahawanan dan konvensional).

Berapakah umur yang sesuai untuk mengambil ujian psikologi TAJMA ini?

Umur yang sesuai adalah bermula dari 12 tahun hingga 70 tahun.

Adakah ujian psikologi TAJMA ini boleh dipercayai?

Ya. TPe+ dan TC+ telah diuji secara saintifik dan mempunyai aras kesahan dan kebolehpercayaan ujian yang tinggi di antara .8 - .9

Adakah segala maklumat yang diperolehi melalui ujian TAJMA ini selamat?

Ya. Segala maklumat anda yang disimpan dalam sistem TAJMA ini adalah sulit.

Adakah ujian psikologi TAJMA ini sesuai diambil oleh pelajar sekolah?

Ya. Sangat sesuai sekali untuk melihat kekuatan personaliti dan merancang bidang pengajian serta kerjaya mereka di masa hadapan.

Bagaimana pula dengan pelajar kolej,universiti dan mereka yang sedang bekerja?

Ya. Profil psikologi TAJMA ini direkabetuk khas dalam tiga versi iaitu versi Sekolah, Kolej/Universiti dan Organisasi.

Dalam berapa bahasakah ujian psikologi TAJMA ini boleh diambil?

Ujian psikologi TAJMA boleh diambil dalam dua Bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Apakah tret-tret personaliti yang diukur oleh TAJMA Personality Plus (TPe+) ?

Terdapat 12 tret personaliti yang diukur iaitu, Asertif, Analitikal, Kepimpinan,Keyakinan Diri, Ekstrovert, Prihatin, Pencapaian, Silang Budaya, Jati Diri, Integriti, Patriotisme dan Ketidakselarasan.

Apakah keunikan ujian Psikologi TAJMA jika dibandingkan dengan ujian-ujian psikologi dari Barat?

Keunikan utama ujian psikologi TAJMA ini adalah ianya direkabentuk oleh pakar psikologis dari Malaysia berasaskan nilai dan budaya masyarakat Malaysia.

Adakah Ujian Psikologi TAJMA ini bias?

Tidak. Kerana ujian psikologi TAJMA ini telah direkabentuk khas dengan mengambil kira ciri-ciri nilai dan budaya masyarakat Malaysia.

Apakah nasihat anda kepada kami yang ingin mengambil ujian psikologi TAJMA ini?

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meneroka potensi diri anda sekarang secara saintifik dan berfokus! Ingat, masa tidak akan menunggu kita dan sesungguhnya masa itu EMAS!