Tentang Pengarang


 
 
 

Pengasas TAJMA Consulting
Pengarang Aplikasi TAJMA Psychological

Professor Datuk Dr. Mohd Tajudin Ninggal adalah seorang Kaunselor Profesional yang bertauliah dan berpengalaman luas dalam bidang psikologi kaunseling. Beliau menyediakan perkhidmatan dan bimbingan kaunseling secara menyeluruh kepada agensi-agensi kerajaan, sektor korporat, universiti, sekolah, persatuan profesional, ekspatriat, pertubuhan bukan kerajaan dan juga orang awam. Beliau adalah pengasas kepada perisian Aplikasi Web Pintar Psikologi yang pertama di Malaysia dan juga pengarang ujian TAJMA Personality Plus (TPe+) & TAJMA Career Interest Plus (TCI+).

Professor Datuk Dr. Mohd Tajudin adalah Pengamal Neuro-Linguistik yang bertauliah dan Pengamal Play Therapist yang diiktiraf. Beliau telah berpengalaman lebih dua puluh dua tahun dalam bidang psikologi kaunseling dan telah memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelbagai isu-isu khususnya ujian psikologi, pengukuran dan penilaian, pembangunan pelajar dan pengurusan bakat, individu dan kumpulan dinamik, pembangunan kerjaya, kaunseling pelbagai budaya, kaunseling perkahwinan , kemurungan, kebimbangan, isu-isu hubungan, identiti jantina dan pengurusan stress. Dr. Mohd Tajudin telah menulis lima buah buku mengenai kaunseling dan pembangunan pelajar. Kini, beliau merupakan Timbalan Presiden Persatuan Psikometrik Malaysia (MPA).